“Akhlaq wanita TARIM, Bidadari Bumi.”

1325
fokusbatulicin.net Dalam menelusuri kota Tarim, Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq.

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur.
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim.
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim. (Sumber Sejarah Ahlulbait Rasulullah Blogspot)